Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah

Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah
link : Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah

Baca juga


Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah


KEPALA BATAS - Seorang lelaki yang berperwatakan kemas, bermisai dan berjanggut dicari kerana dipercayai terbabit dalam kes kecurian di sebuah rumah di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, lelaki terbabit dipercayai memasuki ke sebuah rumah melalui pintu belakang ketika penghuni rumah berkenaan baru sahaja selesai solat Maghrib dan menunggu waktu solat Isyak di ruang tamu.

Beberapa gambar dan video kejadian itu telah dimuat naik di media sosial oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik rumah berkenaan, Zaihal Mu'min. Melalui perkongsian itu, beliau menyeru netizen agar menularkan gambar dan rakaman tersebut dengan tujuan untuk menangkap lelaki terbabit yang mencuri di rumahnya.


Menurut Zaihal, rakaman video lengkap yang memaparkan kegiatan suspek dari mula sehingga akhir perbuatannya itu telah berjaya dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumahnya.

Rakaman video itu juga telah diserahkan kepada IPD Kepala Batas, Pulau Pinang bagi tujuan siasatan yang lebih terperinci untuk menangkap suspek yang masih lagi bebas pada ketika ini.

Melalui rakaman itu, suspek dipercayai seorang lelaki Melayu yang berperwatakan kemas, memakai kemeja berkola, berseluar jean dan berkasut kulit. Penampilan suspek dengan berambut kemas, bermisai dan berjanggut itu menunjukkan suspek adalah seorang lelaki Melayu.

Zaihal berkata, suspek telah memasuki kawasan rumah menggunakan laluan di belakang rumah dan telah mencuri sejumlah wang serta dokumen-dokumen penting tanpa langsung disedari oleh tuan rumah yang berada di ruang tamu pada ketika itu.

Menurut Zaihal lagi, suspek kini sedang diburu polis yang akan mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman CCTV.

Zaihal berkata, sekiranya sesiapa yang mengenali suspek atau ternampak dan terjumpa si pencuri itu, sila hubungi individu di nombor yang tertera di bawah bagi membantu siasatan:

1. Haji An : 0194735791
2. Sarjan Azirah : 045752222
3. IPD SPU : 045762222

Zaihal turut meminta semua netizen agar membantu beliau menularkan kes ini supaya suspek dapat ditangkap dengan segera. - Koleksi Viral

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah

Sekianlah artikel Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencuri Masuk Rumah Melalui Pintu Belakang Pada Waktu Solat Tanpa Disedari Tuan Rumah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pencuri-masuk-rumah-melalui-pintu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :