link : Cedera diserang di Masjid Al-Aqsa
Cedera diserang di Masjid Al-Aqsa
PULUHAN warga Palestin cedera selepas diserang tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah, hari ini.
Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi berkata, serangan itu dilakukan tentera Israel bagi menghalang kemasukan mereka ke masjid suci itu untuk menunaikan solat.
Menurutnya, serangan itu berlaku 2.30 pagi waktu tematan (7.30 pagi Malaysia) ketika ribuan rakyat Palestin berkumpul di kawasan itu.
KANAK-KANAK yang cedera (kiri) dan warga emas menerima rawatan di hospital. FOTO ihsan Hamza Deirawi
"Warga Palestin berkumpul di kawasan itu untuk mendesak Israel supaya membuka kembali masjid suci berkenaan kepada Muslim.
"Berlaku provokasi antara kedua-dua pihak sebelum tentera zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.
"Insiden ini berlaku di pintu Bab Al Asbatt iaitu pintu utama untuk masuk ke (Masjid) Al-Aqsa," katanya.
Serangan itu berlaku lebih 40 minit di kawasan berkenaan, katanya.
Hamza berkata, semua yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan kebanyakan mereka masih menerima rawatan.
PETUGAS perubatan membawa keluar mangsa yang cedera untuk dihantar ke hospital. FOTO ihsan Hamza Deirawi
Terdahulu, Hamza mendedahkan, pihak berkuasa Israel melarang laungan azan selain mengarahkan semua warga Palestin supaya melalui pagar elektronik untuk masuk ke Masjid Al-Aqsa atas alasan faktor keselamatan.
Katanya, ketegangan mula berlaku selepas dua yahudi mati dibunuh di kawasan berkenaan.
Rentetan itu, kerajaan Israel bertindak menutup masjid berkenaan bermula Jumaat lalu menyebabkan muslim terpaksa menunaikan solat Jumaat di perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Tiga pemuda Palestin juga ditembak mati di kawasan berkenaan sebagai tindak balas terhadap kematian dua yahudi berkenaan.
Berita berkaitan:
• Batal solat Jumaat kerana kes tembak
• Al-Aqsa dibuka semula
• Zionis makin melampau
• Bantahan berterusan
• Hari tunjuk marah
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Cedera diserang di Masjid Al-Aqsa
Anda sekarang membaca artikel Cedera diserang di Masjid Al-Aqsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/cedera-diserang-di-masjid-al-aqsa.html