Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda

Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda
link : Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda

Baca juga


Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda


Seorang lelaki Afrika Selatan yang cuba mendaki Gunung Everest sendirian dan tanpa permit, diarahkan turun dari gunung berkenaan, selain pasportnya dirampas serta didenda AS$22,000 (RM95,400), kata seorang pegawai semalam di Kathmandu.

Ryan Sean Davy, 43, memberitahu pegawai di kem induk dia sempat memanjat sendirian hingga ke kem dua - setinggi 6,400 meter - untuk menyesuaikan diri lebih awal sebagai persediaan naik ke puncak sebelum ditangkap.

Pelancong asing perlu membayar AS$11,000 (RM48,000) kepada kerajaan Nepal untuk mendapatkan kebenaran mendaki puncak setinggi 8,848 meter yang juga sumber pendapatan utama bagi negara miskin itu.

“Saya melihat dia bersendirian berhampiran kem induk, jadi saya mendekatinya tetapi dia cuba melarikan diri.

“Kemudian saya bersama rakan mengekorinya dan mendapati dia menyembunyikan diri di sebuah gua berhampiran.

“Dia mendirikan khemah di satu tempat tersembunyi untuk mengelak ditemui pegawai kerajaan,” kata pegawai perhubungan kerajaan di kem induk itu, Gyanendra Shresth.

Perkara seumpama itu jarang berlaku kerana kebanyakan pendaki memerlukan bantuan Sherpa dan sepasukan kumpulan sokongan yang besar di kem induk.

Tindakan Davy itu menyebabkan dia boleh dihalang daripada memasuki Nepal selama lima tahun atau berdepan 10 tahun larangan mendaki.

Menurut Shresth, mereka turut merampas pasport dan memintanya kembali ke Kathmandu untuk mendapatkannya selain didenda AS$22,000 - dua kali ganda kos permit.-AFP
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda

Sekianlah artikel Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendaki Kedekut Didenda 2 Kali Ganda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pendaki-kedekut-didenda-2-kali-ganda.html

Subscribe to receive free email updates: