link : 3 Wanita Antara 37 Ditahan Terlibat Judi
3 Wanita Antara 37 Ditahan Terlibat Judi
KUCHING: Polis Sarawak menahan seramai 37 individu termasuk tiga wanita dalam dalam 13 serbuan membanteras kegiatan perjudian haram sepanjang minggu lalu di sekitar negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dato Datuk Dev Kumar berkata, serbuan melibatkan jualan loteri haram, judi siber dan aktiviti menyabung ayam.
Menurutnya, tujuh serbuan penjualan loteri secara haram membawa kepada penangkapan seramai tujuh individu dan wang tunai sebanyak RM1,259 serta peralatan lain turut dirampas.
“Lima sebuan judi atas talian di Miri, Bintulu dan Limbang membawa kepada penangkapan seramai 19 individu dan merampas pelbagai barangan judi atas talian dan merampas wang tunai sebanyak RM4,675.
“Sebuah gelanggang sabung ayam juga diserbu dan seramai 11 individu ditahan termasuk merampas lapan ekor ayam sabung hidup dan mati.”katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, serbuan dijalankan oleh pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan beberapa daerah iaitu Kuching, Serian, Bau, Sarikei, Bintulu, Limbang dan Marudi.
Jelasnya kesemua individu ditahan berusia dalam lingkungan 15 hingga 70 tahun akan disiasat bagi kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 3 Wanita Antara 37 Ditahan Terlibat Judi
Sekianlah artikel 3 Wanita Antara 37 Ditahan Terlibat Judi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 3 Wanita Antara 37 Ditahan Terlibat Judi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/3-wanita-antara-37-ditahan-terlibat-judi.html