link : Pengambilalihan Proton Elak Jadi Seperti Perwaja
Pengambilalihan Proton Elak Jadi Seperti Perwaja
KUALA LUMPUR: Pengambilalihan 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd (Proton) oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) dari China, bakal menyelamatkan syarikat ikon negara daripada menerima nasib seperti Perwaja Steel Sdn Bhd, yang terpaksa ditutup.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pengambilalihan itu bertujuan memberi sokongan kepada DRB-Hicom Bhd dalam mencari rakan strategik untuk memulihkan semula prestasi Proton kepada jenama kereta nombor satu negara.
Di samping itu, beliau berkata, penstrukturan semula juga bakal meningkatkan jumlah pengeluaran kepada 500,000 unit bagi pasaran dalam negara, rantau ASEAN, China dan Asia Barat berbanding hanya sekitar 20 peratus daripada jumlah kapasiti sebanyak 400,000 unit ketika ini .
Katanya, selain mengelak Proton berdepan kerugian berterusan, proses pengambilalihan itu juga menjamin kedudukan 50,000 pekerja, termasuk 10,000 pekerja yang terbabit secara langsung dengan syarikat itu.
"Jika kita membiarkan Proton ini tidak dibaik pulih, distruktur semula, tidak menggunakan kepakaran dan teknologi baharu, sudah tentu Proton tidak boleh berdaya saing.
"Kita tidak mahu Proton ini hanya menjadi kebanggaan seperti kita bangga Perwaja sebagai satu industri besi tetapi akhirnya Perwaja ditutup dan pekerja dibuang kerja
"Keadaan ini menyebabkan kerajaan membenarkan DRB-Hicom mencari rakan strategik kerana Proton sudah berusia 32 tahun," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan van jenazah kepada Jawatankuasa Masjid Al-Akram, di sini, hari ini.
Tahun lalu, Proton mengalami kerugian RM1.5 bilion, meningkat berbanding RM650 juta pada 2015.
Pada suatu ketika, kereta Proton pernah terjual sebanyak 180,000 unit, tetapi kini merudum kepada antara 5,000 dan 6,000 unit sebulan.
Johari berkata, perjanjian akhir bagi proses pengambilalihan kepentingan akan ditandatangani selewat-lewatnya Julai depan dan ia akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.
Beliau berkata, nilai penjualan kepentingan itu juga akan dimuktamadkan Julai ini.
Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kecewa terhadap penjualan 49.9 peratus ekuiti Proton itu, Johari berkata, Proton ibarat `anak sakit' yang memerlukan rawatan segera.
"Takkan kita nak tengok Proton sakit, kena bawa pergi hospital, kalau syarikat sudah tenat, takkan nak biarkan saja.
"Saya boleh faham apa yang Tun rasa, saya tidak menidakkan sentimental Tun, tetapi dalam perniagaan, kita tidak boleh sentimental," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pengambilalihan Proton Elak Jadi Seperti Perwaja
Sekianlah artikel Pengambilalihan Proton Elak Jadi Seperti Perwaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengambilalihan Proton Elak Jadi Seperti Perwaja dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pengambilalihan-proton-elak-jadi.html