link : KISAH ADIK BERADIK HEBAT YANG BERJAYA MENANGKAP PEROGOL MERBAHAYA DI KLANG
KISAH ADIK BERADIK HEBAT YANG BERJAYA MENANGKAP PEROGOL MERBAHAYA DI KLANG
Semalam kita semua di kejutkan dengan berita seorang penjenayah kes rogol dan samun yang berjaya melarikan diri dari tahanan polis di Ibu Pejabat Polis ( IPD ) Klang Utara.
[ Gambar ] Suspek kes samun, cabul,rogol melarikan diri dari lokap IPD Klang
Namun tidak sampai 24 jam, suspek yang merbahaya ini berjaya di tangkap orang awam di Kampung Baru Hicom Seksyen 26 Shah Alam.
Suspek Kes Rogol,Samun Dah kena cekup
Siapakah orang awam yang berjaya menangkap suspek ini? Bagaimana? Apa yang telah berlaku?
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Din Hicom,
Alhamduliah syukur kepada Allah kerana melindungi kami sekeluarga dri terkene musibah .. perompak dan perogol yg lari dri lokap telah memasuki kedai kami di Kampong Sungei Steamboat pada pukul 4 pagi dan dapat merompak dan cuba mempekosa anak saya berjaya di tangkap oleh anak2 lelaki saya Muzhaffar Shahz Shahrol Shahrolnizam Shah Shahrolnizam dan rakannya.. alhamdulillah dan saya amat bangga ….
Perkongsian dari Muzhaffar Shahz pula
Alhamdulillah.yg pecah masuk kedai makan ayah sy rupa2 nya indo yg lari dari balai polis klang utara kes rogol dan samun tu.dan bersyukur kepad ALLAH kami adik bradik dan kawan dapat tangkap indon ni yg cuba lari kan diri.tahniah adik2 ku sekalian Shah Shahrolnizam dan mirul.semoga ada hikmah di sebalik dugaan yg di beri.amin..
Tahniah kepada En Din Hicom kerana mempunyai anak-anak yang berguna dan berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Demikianlah Artikel KISAH ADIK BERADIK HEBAT YANG BERJAYA MENANGKAP PEROGOL MERBAHAYA DI KLANG
Anda sekarang membaca artikel KISAH ADIK BERADIK HEBAT YANG BERJAYA MENANGKAP PEROGOL MERBAHAYA DI KLANG dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kisah-adik-beradik-hebat-yang-berjaya.html