Pengarah Syarikat Rugi RM50,000

Pengarah Syarikat Rugi RM50,000 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah Syarikat Rugi RM50,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah Syarikat Rugi RM50,000
link : Pengarah Syarikat Rugi RM50,000

Baca juga


Pengarah Syarikat Rugi RM50,000


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berputih mata apabila wang tunai RM50,000 yang diletakkan di bawah tempat duduk keretanya, dilarikan dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Taman Mount Austin, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang semalam, mangsa berusia 45 tahun, yang juga pengarah sebuah syarikat mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank bagi tujuan membayar gaji pekerjanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejadian berlaku di kawasan letak kereta Jalan Mutiara Emas, di sini ketika mangsa sedang makan di sebuah restoran berhampiran.

"Mangsa meletakkan beg plastik mengandungi wang di bawah kerusi kereta sebelum berhenti di seberang jalan dan makan di sebuah kedai berhampiran.

"Bagaimanapun, kira-kira dua minit kemudian, mangsa dimaklumkan orang awam yang keretanya dipecahkan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, cermin kereta bahagian pemandu pecah dan beg plastik yang mengandungi wang yang diletakkan di bawah kerusi pemandu, hilang. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pengarah Syarikat Rugi RM50,000

Sekianlah artikel Pengarah Syarikat Rugi RM50,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah Syarikat Rugi RM50,000 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pengarah-syarikat-rugi-rm50000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :