link : Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju
Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju
SEORANG wanita yang marah kerana anaknya tewas dalam perlawanan tinju, telah menambahkan kelukaan yang dialami oleh anaknya itu dengan menampar pipi anaknya.
Anna Azovskaya yang juga jurulatih, pengurus dan ibu kepada peninju MMA Rusia, Viktor Kichigin berbuat demikian sebaik sahaja pengadil mengumumkan kemenangan lawannya iaitu Ruslan Yamanbae.
Tamparan tangan kiri Anna itu telah dirakamkan dan menjadi tular.
Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju
Selain Victor, Anna turut melatih tiga anak lelakinya yang lain iaitu Georgiy, Grigoriy.
Dalam satu temubual dengan FightNights, Anna berkata dia tiada pilihan lain kecuali melatih anaknya untuk menjadi berani setelah suaminya terbunuh dalam peperangan.
“Ketika itu anak-anak saya masih kecil dan saya berpindah di seluruh Rusia sebanyak 15 kali. Apabila anak-anak lelaki saya semakin membesar, mereka mula mengalami konflik dan terlibat dalam pergaduhan dengan lelaki lain.
“Sejak itu saya beritahu mereka supaya belajar berlawan,’’ katanya.
Dia telah melatih mereka dan kini dunia mengenali anaknya itu selepas video Anna menampar Victor tersebar. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju
Sekianlah artikel Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/wanita-tampar-muka-anak-yang-kalah_30.html