Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi

Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi
link : Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi

Baca juga


Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi


Penglibatan golongan wanita Cina dalam aktiviti sosial Barisan Nasional (BN) dilihat mampu meningkatkan sokongan dan undi di kalangan masyarakat tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memetik laporan Utusan Borneo, Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata,  ia terbukti berdasarkan peningkatan penyertaan wanita Cina dalam pelbagai aktiviti sosial dan politik anjuran BN sejak kebelakangan ini.

"Saya yakin lebih ramai pengundi Cina di Serian akan berdiri teguh di belakang BN pada PRU nanti,

“Pada masa lalu hanya segelintir wanita Cina yang hadir di majlis-majlis apatah lagi yang dianjurkan oleh BN.

“Tetapi hari ini, wanita Cina terlibat sama dalam jawatankuasa kerja. Wanita Cina menjadi fungsi utama dalam kegiatan sosial dan politik pihak berkaitan, ini bagi saya adalah satu perkembangan yang baik dalam masyarakat Cina di Serian,” katanya

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berharap masyarakat Cina di Serian sentiasa menyokong kemajuan pembangunan yang akan dibawa oleh kerajaan BN.

Tambahnya, kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf Serian sebagai sebuah bandar melalui program pembangunan BN.

“Serian akan menjadi hab ekonomi. Sebuah bandar baharu, pusat konvensyen, sebuah institut latihan perindustrian dan banyak lagi seperti bandar raya Kuching adalah antara perkembangan yang akan membawa Serian ke satu tahap sosioekonomi yang baharu,”katanya. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi

Sekianlah artikel Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penglibatan Wanita Cina Dalam Program BN Mampu Tingkatkan Undi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penglibatan-wanita-cina-dalam-program.html

Subscribe to receive free email updates: