Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai

Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai
link : Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai

Baca juga


Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai

SHAH ALAM – Keupayaan Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus bagi suku pertama 2017 adalah sesuatu yang mengatasi jangkaan ramai, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau turut menyifatkan usaha kerajaan menumpukan aspek asas-asas ekonomi sebagai strategi yang terbukti tepat.

“Ia jelas terbukti menerusi pertumbuhan asas semua sektor utama. Sehubungan itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar majlis pelancaran Laporan Tahunan 2016 NTP yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini malam tadi.

Laporan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menyifatkan perakuan oleh firma-firma antarabangsa seperti Forbes, BAV Consulting dan Wharton School daripada Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai paparan sentimen keyakinan para pelabur.

“Mereka menyenaraikan Malaysia dalam (ranking) negara terbaik untuk para pelabur pada 2017 dan negara pilihan terbaik sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara-negara Asia,” katanya

Mustapa berkata, Malaysia turut mencatat prestasi baik dalam perdagangan dan pelancongan sepertimana dibuktikan menerusi kehadiran ramai pelancong China ke negara ini.

“Kita perlu mengekalkan momentum ini serta keamanan dan kestabilan yang menjadi antara ciri utama Malaysia dapat selain keupayaan untuk hidup dalam harmoni,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai

Sekianlah artikel Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pertumbuhan-kdnk-malaysia-atasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :