TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA

TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA
link : TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA

Baca juga


TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi laman Facebook Johor Southtern Tigers baginda mempersoalkan ketiadaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu.

Menurut baginda, orang ramai tertanya-tanya di manakah menteri belia dan sukan itu tatkala perlawanan sukan tumpuan tanah air berlangsung.

“Pada pendapat saya, beliau sepatutnya menjadi antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini,” titah baginda.

TMJ dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan akhir Piala FA itu.

Namun begitu, menurut TMJ, selaku menteri belia dan sukan, Khairy sepatutnya lebih memberi keutamaan pada perlawanan akhir tersebut.

“Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi Askar Wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan,” tegas baginda.

TMJ juga mengingatkan Khairy agar tidak memilih untuk hadir ke majlis yang menjadikan beliau sebagai tumpuan semata-mata.

“Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan.

“Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.

“Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak followers di laman media sosial.

“Ini bukan pasal soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tangungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara,” titah baginda lagi.

Dalam perlawana akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu, Piala FA 2017 berjaya dijulang pasukan Kedah selepas menewaskan Pahang 3-2. – MYNEWSHUB.CC

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA

Sekianlah artikel TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tmj-sound-kj-tak-hadir-final-piala-fa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :