Pesanan akhir jaguh litar

Pesanan akhir jaguh litar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesanan akhir jaguh litar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesanan akhir jaguh litar
link : Pesanan akhir jaguh litar

Baca juga


Pesanan akhir jaguh litar

KEMAMAN - Bintang sukan permotoran negara, Norizman Ismail, 32, sempat memberi pesanan akhir kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka belajar di sekolah tahfiz.

Norizman, yang juga pelumba Yamaha ONEXOX TKKR Racing memberitahu perkara itu kepada isterinya, Nurul Aida Adha Radhuan, 27, sehari sebelum maut dalam kemalangan di litar perlumbaan Bandar Baru Kijal, petang kelmarin.

Nurul Aida berkata, dia agak terkejut ketika suaminya menyuruhnya hantar anak mereka, Muhammmad Rizman Irfan Norizman, 7, ke sekolah tahfiz kerana sebelum ini Allahyarham hanya mahu anak mereka bersekolah aliran biasa.

“Walaupun terkejut sebab arwah ubah fikiran secara tiba-tiba, tapi saya sangat setuju dengan permintaannya demi masa depan anak kami juga.

“Arwah juga ada tunjuk sikit perubahan sikap dua minggu lalu,” katanya yang tidak menyangka kelainan sikap itu petanda suaminya pergi buat selamanya.

Pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017, Nurul Aida bersama anak-anaknya turut datang menemani Allahyarham Nurizman.

Nurul Aida berkata, ketika kemalangan menimpa suaminya, dia bersama tiga anak mereka berada di tempat penginapan mereka di sebuah hotel di bandar Chukai.

Katanya, dia mengetahui suaminya terlibat dalam kemalangan selepas menerima panggilan telefon daripada rakan Allahyarham, kira-kira jam 4 petang.

“Arwah suami juga dah janji nak bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai lepas jalani sesi ujian masa,” katanya yang reda dengan ketentuan Tuhan.

Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.- Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pesanan akhir jaguh litar

Sekianlah artikel Pesanan akhir jaguh litar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesanan akhir jaguh litar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pesanan-akhir-jaguh-litar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :