Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun

Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun
link : Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun

Baca juga


Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun


MERSING – Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan liwat dan seks luar tabii ke atas dua anak tiri lelakinya berusia 11 dan tujuh tahun.

Lapor Harian Metro, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Bagi empat tuduhan pertama, dia didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun di sebuah rumah di tepi kolam udang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam, antara 17 April hingga 12 Julai lalu.

Lelaki itu turut menghadapi tuduhan melakukan persetubuhan tanpa kerelaan dengan mangsa di dalam kereta di kawasan pantai Mersing antara 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.

Manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia tujuh tahun dengan cuba memasukkan jari ke dalam dubur mangsa di sebuah kilang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selepas menerima pengakuan tertuduh, Mohammad menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan tidak membenarkan ikat jamin.

Difahamkan, tertuduh masih tinggal bersama isteri berusia 26 tahun dan tiga anak tiri lelaki berusia 11, tujuh dan empat tahun di Mersing.

Dia ditahan pada 21 Julai lalu di rumahnya selepas polis menerima aduan daripada pihak kebajian melalui talian Nur.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun

Sekianlah artikel Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-mengaku-salah-liwat-anak-tiri-7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :