PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan

PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan
link : PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan

Baca juga


PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu di kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata perkara itu sudah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan. 

"PKR telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan untuk melepaskan jawatan terbabit berkuatkuasa serta-merta," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan kepada pemberita selepas tamat mesyuarat Biro Politik PKR di ibu pejabat parti itu, di sini. 

Mengenai kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, Wan Azizah berkata, ia turut dibincangkan pada mesyuarat malam ini. 

"Bagaimanapun, ia akan diputuskan pimpinan PKR bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekembalinya beliau daripada lawatan rasmi ke luar negara," katanya. 

PKR juga, katanya, menerima keputusan PAS untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan parti itu. Namun, beliau berkata, PKR menolak alasan yang diberikan. 

Selain itu, Wan Azizah berkata, PKR akan segera mengatur langkah selanjutnya bersama Pakatan Harapan dan sekutu lain yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan

Sekianlah artikel PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Arah Lantikan Politik Di Kelantan Lepaskan Jawatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pkr-arah-lantikan-politik-di-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :