link : Rome Masters: Sharapova Tarik Diri
Rome Masters: Sharapova Tarik Diri
ROME: Maria Sharapova menarik diri daripada Rome Masters susulan kecederaan paha ketika sedang mendahului pada pertembungan pusingan kedua menentang Mirjana Lucic-Baroni.
Keputusan bintang tenis Russia itu dibuat selepas beberapa jam dia dinafikan tiket wild card ke kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis.
Turun ke gelanggang dengan balutan di paha kirinya, Sharapova tidak meneruskan permainan menentang pemain veteran Croatia itu ketika sedang mendahului 4-6, 6-3, 2-1 sekali gus melengkapkan hari malang buat juara lima kali Grand Slam itu.
"Saya meminta maaf kerana menarik diri daripada perlawanan dengan kecederaan paha kiri," kata Sharapova menerusi kenyataan.
"Saya akan menjalani segala ujian yang diperlukan untuk memastikannya tidak serius."
Kekecewaan di Rome turut bermakna pemain berusia 30 tahun itu terlepas peluang untuk layak berada di undian pertama di Wimbledon - yang hanya boleh dicapainya jika melangkah ke separuh akhir.
Ketika Sharapova masih berpeluang untuk beraksi di Wimbledon, Terbuka Perancis sudah pun kehilangan dua bintang utama, Roger Federer dan Serena Williams. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rome Masters: Sharapova Tarik Diri
Sekianlah artikel Rome Masters: Sharapova Tarik Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rome Masters: Sharapova Tarik Diri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rome-masters-sharapova-tarik-diri.html