link : PM Puas Hati - Khairy
PM Puas Hati - Khairy
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berpuas hati dengan perkembangan projek Bandar Sukan Kuala Lumpur atau KL Sports City, di sini menjelang penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau Kuala Lumpur 2017 akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Ia antara lain membabitkan kerja penambahbaikan terhadap infrastruktur sukan di Kompleks Sukan Bukit Jalil seperti Stadium Nasional, Pusat Akuatik dan Axiata Arena yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Putra.
Khairy berkata, ketika melakukan tinjauan di Stadium Nasional semalam, Perdana Menteri menegaskan projek naik taraf kompleks sukan itu akan memberi manfaat kepada atlet dan pembangunan sukan negara.
"Saya boleh rumuskan Perdana Menteri amat berpuas hati dengan kerja penambahbaikkan kompleks sukan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan detik 100 hari penganjuran temasya Kuala Lumpur 2017 di KL Sentral di sini, hari ini.
Kemudahan sukan di KL Sports City dijangka dibuka semula Julai ini, sebulan sebelum bermulanya Sukan SEA 2017 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata penajaan Sukan SEA sudah mencecah RM71 juta dan yakin Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) mampu mencapai sasaran RM80 juta bagi penganjuran temasya sukan dwitahunan itu. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel PM Puas Hati - Khairy
Sekianlah artikel PM Puas Hati - Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM Puas Hati - Khairy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pm-puas-hati-khairy.html