link : Polis Nafikan Dakwaan MyWatch, Jerantut Syurga Judi Dan Maksiat
Polis Nafikan Dakwaan MyWatch, Jerantut Syurga Judi Dan Maksiat
Persoalan itu timbul selepas kenyataan Pengerusi Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sanjeevan tular di laman sosial sejak tiga hari lalu.
Sanjeevan menerusi kenyataannya dalam laman sosial Facebook Malaysian Crime Watch-MyWatch itu mendakwa terdapat 11 pusat judi atau maksiat yang aktif beroperasi secara terbuka di daerah ini.
Menurutnya, jumlah pusat berkenaan berdasarkan maklumat dan aduan yang diterima dari orang awam di daerah ini dan turut dikongsi penduduk di laman sosial khususnya Facebook
“Jerantut bukanlah sebuah daerah yang besar seperti Kuantan mahupun Temerloh tetapi premis judi di sini bermaharajalela beroperasi 24 jam tanpa sebarang masalah dan tindakan daripada pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Jika tidak ada sebarang tindakan, MyWatch tidak akan teragak-agak melaporkan isu ini kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya.
Beliau dalam kenyataan yang disiarkan 23 Mei lalu itu turut menggesa polis mengambil tindakan lebih agresif dalam menangani isu terbabit selepas ini.
“Kes di Melaka iaitu wang perlindungan dibayar kepada segelintir anggota polis sehingga ada anggota yang ditahan dengan sejumlah wang tunai RM800,000 disorok di dalam rumah, sudah cukup membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh MyWatch selama ini adalah benar belaka. Diharap wabak seperti ini tidak berjangkit ke Pahang pula,” katanya.
Beliau bagaimanapun turut bersedia untuk memberikan kerjasama dengan menawarkan bantuan sekiranya diperlukan bagi membanteras kegiatan perjudian di daerah ini.
Nafi kewujudan lubuk judi
Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Azid Ismail turut menafikan kewujudan 11 pusat judi dan maksiat di daerah ini dan menolak dakwaan yang mengatakan Jerantut sebagai lubuk judi dan maksiat.
"Sehingga kini hanya satu premis dilesenkan di bawah pusat hiburan keluarga dan didapati beberapa premis yang mempunyai lesen perniagaan snuker telah disalahgunakan dengan menjadikan premis tersebut sebagai pusat hiburan keluarga termasuk beberapa premis menjalankan aktiviti pusat hiburan keluarga tanpa lesen sah daripada PBT.
“Kita sudah membuat pemantauan dan mengambil tindakan selepas pemeriksaan dilakukan. Setakat ini sebanyak 39 kali pemeriksaan dilakukan dan 10 daripadanya dikenakan tindakan di bawah Enakmen Hiburan Negeri Pahang 1993 kerana beroperasi tanpa lesen," katanya.
Menurutnya lagi, daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes sudah dituduh di mahkamah manakala tujuh kes lagi masih dalam siasatan.
“IPD Jerantut tidak berkompromi dengan apa juga aktiviti haram dan menyalahi undang-undang. Saya selaku Ketua Polis Daerah Jerantut mengalu-alukan apa juga maklumat yang ingin disalurkan bagi membantu membanteras kegiatan ini dan saya akan pastikan identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.
Pastikan tiada lesen perjudian dikeluarkan
Ahli Parlimen, Datuk Ahmad Nazlan Idris pula berkata, isu itu sudah dua kali dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) tahun ini.
“Dalam mesyuarat itu saya minta pihak berkuasa Majlis Daerah Jerantut memastikan tidak ada lesen yang dikeluarkan untuk kegiatan perjudian. Mana-mana lesen yang sudah diluluskan tidak disambung kembali,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau memilih mesyuarat JKTD bagi menyatakan kebimbangan itu kerana merasakan ia adalah platform yang sesuai memandangkan mesyuarat terbabit melibatkan kesemua jabatan .
“Saya dimaklumkan terdapat sebuah premis yang diberikan kelulusan namun difahamkan ia bukanlah kelulusan yang diberikan di bawah pihak majlis daerah.
“Namun yang lebih membimbangkan adalah mereka yang menyalahgunakan lesen diberikan dan berselindung di sebalik lesen itu untuk membuka pusat perjudian,” katanya.
Ahmad Nazlan berkata, usaha yang dilakukan pelbagai pihak seperti Majlis Daerah Jerantut dan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) di samping PDRM dalam membanteras gejala patut dihargai namun berharap tindakan secara bersepadu dapat dilakukan untuk menangani isu itu.
"Saya terima rungutan dan mendengar suara kebimbangan khususnya anak muda berhubung pembukaan pusat judi ketika program Dialog Transformasi 50 (TN 50) 19 Mei lalu.
“Malah saya juga pernah didatangi seorang isteri bersama anaknya yang mengadu tentang suaminya yang tidak membawa pulang gaji kerana terlibat dengan perjudian,” katanya.
Beliau bagaimanapun berharap PBT dapat mengambil tindakan lebih proaktif dan tegas selain mencadangkan konsep pusat hiburan haruslah terbuka dan boleh dilihat orang ramai. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Nafikan Dakwaan MyWatch, Jerantut Syurga Judi Dan Maksiat
Sekianlah artikel Polis Nafikan Dakwaan MyWatch, Jerantut Syurga Judi Dan Maksiat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Nafikan Dakwaan MyWatch, Jerantut Syurga Judi Dan Maksiat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-nafikan-dakwaan-mywatch-jerantut.html