link : #PRKPujut: SUPP, UPP Perlu Segera Lupa Sengketa Jika Mahu Menang
#PRKPujut: SUPP, UPP Perlu Segera Lupa Sengketa Jika Mahu Menang
KUCHING: Barisan Nasional (BN) dilihat mampu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut sekiranya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) melupakan sengketa dan bersatu hati.
Memetik laporan Utusan Borneo, Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Pujut merupakan kerusi kuat Parti Tindakan Demokratik (DAP) namun tidak mustahil untuk BN memenanginya.
Malah menurutnya, BN perlu meletakkan calon berpotensi untuk menang serta dekat di hati rakyat terutama pengundi dalam kawasan Pujut.
"Seperti kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Negeri, Pilihan Raya Kecil ini merupakan satu tugas sukar bagi BN.
"Namun, peluang untuk BN menang masih ada jika kedua-dua parti iaitu SUPP dan UPP saling berkompromi antara satu sama lain dan bersatu bagi menghadapi pencabar mereka iaitu DAP," katanya.
Awang menambah, SUPP dan UPP perlu sedar musuh politik mereka adalah DAP dan bukan bermusuhan antara satu sama lain.
"Jika kedua-dua parti iaitu SUPP dan UPP masing-masing sudah ada nama calon yang paling berpotensi mereka harus memilih seorang daripada calon-calon ini yang akan menentukan nasib BN di Pujut," ujarnya.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut kosong selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana memiliki kewarganegaraan Australia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 4 Julai.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #PRKPujut: SUPP, UPP Perlu Segera Lupa Sengketa Jika Mahu Menang
Sekianlah artikel #PRKPujut: SUPP, UPP Perlu Segera Lupa Sengketa Jika Mahu Menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRKPujut: SUPP, UPP Perlu Segera Lupa Sengketa Jika Mahu Menang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/prkpujut-supp-upp-perlu-segera-lupa.html