Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta

Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta
link : Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta

Baca juga


Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta


GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan dua makmal memproses dadah di Sungai Pinang dan Butterworth, Isnin lalu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM2.3 juta. 

Dalam serbuan pertama pada jam 10.15 malam di sebuah rumah di Lebuh Sungai Pinang, polis menemui dadah jenis syabu, heroin, cecair syabu, serbuk ephedrine, klorofom, asid, ethanol, sodium, soda dan pelbagai peralatan memproses dadah. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Chuah Gee Lye, berkata pihaknya kemudian melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Bagan, Butterworth dan menemui dadah jenis syabu serta serbuk kafein dipercayai digunakan bagi menghasilkan dadah sintetik. 

Katanya, polis turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia 38 tahun hingga 52 tahun kerana disyaki terbabit dalam kegiatan memproses dadah sejak awal tahun ini. 

"Kita percaya sindiket ini aktif sejak empat bulan lalu, dalam kegiatan memproses dadah bagi diedarkan di Pulau Pinang dan negeri berdekatan lain. 

"Polis turut merampas wang tunai, barang kemas dan pelbagai kenderaan dianggarkan bernilai RM626,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini. 

Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 15 Mei depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta

Sekianlah artikel Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Rampas Dadah RM2.3 Juta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-rampas-dadah-rm23-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :