link : #DUNSarawak: Kestabilan Politik Licinkan Peralihan Kuasa Di Sarawak
#DUNSarawak: Kestabilan Politik Licinkan Peralihan Kuasa Di Sarawak
KUCHING: Kestabilan politik merupakan tunjang kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ia dengan proses peralihan pucuk kepimpinan kerajaan negeri berjalan dengan lancar.
"Saya percaya ini adalah manifestasi kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat untuk kesinambungan pembangunan di negeri ini," katanya ketika berucap sempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Menurutnya, pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri keenam menggambarkan kematangan kepimpinan politik Sarawak dalam memastikan kestabilan politik yang berterusan di negeri ini.
"Ia (pelantikan) adalah bersesuaian dengan pengalaman beliau yang luas dalam politik dan pentadbiran negeri Sarawak.
"Saya juga gembira kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan di peringkat kerajaan persekutuan.
"Ini akan memudahkan kerajaan negeri untuk bekerjasama lebih rapat dan menerima sokongan yang padu daripada kerajaan persekutuan dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negeri," ujarnya.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Kestabilan Politik Licinkan Peralihan Kuasa Di Sarawak
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Kestabilan Politik Licinkan Peralihan Kuasa Di Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Kestabilan Politik Licinkan Peralihan Kuasa Di Sarawak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-kestabilan-politik-licinkan.html