Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan

Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan
link : Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan

Baca juga


Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan



BANGKOK: Polis Thailand kini menggiatkan usaha memburu empat orang suspek yang dipercayai dalang di sebalik insiden letupan bom kereta yang mencederakan sekurang-kurangnya 60 orang di Pattani, selatan negara ini, semalam.

Jurucakap polis, Krisana Pattanacharoen berkata, imej keempat-empat suspek itu diperoleh menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya Big C yang menjadi sasaran kumpulan penyerang terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan itu, dua letupan dilaporkan berlaku secara berturut-turut di dua lokasi di pasar raya tersebut.

Kejadian pertama berlaku apabila sebuah motosikal yang sarat dengan bahan letupan meletup di tempat letak kereta manakala le­tupan kedua membabitkan sebuah kereta.

Menurut polis, kereta yang dile­tupkan itu dipercayai telah dicuri, namun pemiliknya masih belum dikenal pasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Bangkok Post memetik Timbalan Menteri Pertahanan, Jeneral Udomdej Sitabutr sebagai berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan militan Daesh.

Udomdej membuat penafian tersebut susulan laporan pihak berkuasa Malaysia yang mendakwa seorang rakyatnya dipercayai anggota Daesh kini berada di Thailand.

Difahamkan, ini bukan kali pertama pasar raya terbabit menjadi sasaran serangan bom kerana pada 1 Ogos 2005, sebutir bom buatan sendiri dijumpai disembunyikan dalam pasu bunga berhampiran kawasan letak kereta di pasar raya berkenaan.

Sementara itu, insiden kedua dipercayai berpunca daripada peranti pembakar yang diletakkan di rak bahagian lampin kira-kira lima tahun lalu.

Kedua-dua insiden itu tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.– DPA/AGENSI
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan

Sekianlah artikel Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Thai Buru 4 Suspek Letupan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-thai-buru-4-suspek-letupan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :