Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah

Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah
link : Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah

Baca juga


Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah



PETRA JAYA: Kementerian Kerja Raya masih lagi mengkaji keseluruhan keberkesanan sistem tol di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kajian tersebut sebagai pe­nambahbaikan terha­dap mekanisme sedia ada.­

“Kita sedang berunding dengan semua syarikat konsesi lebuh raya di negara ini untuk pelaksanaan meka­nisme baharu ini.

“Bagaimanapun, kita masih belum mendapat persetujuan muktamad an­tara kesemua syarikat konsesi,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Tahunan Parlimen Petra Jaya di sini semalam.

Beliau mengulas status kajian semula semua konsesi lebuh raya di negara ini.

Pada majlis tersebut, beliau telah men­yampaikan 45 cek bernilai RM359,500 kepada pelbagai pertubuhan, persatuan dan ke­satuan penduduk yang aktif menyatupadukan masyarakat.

Menurut Fadillah, se­belum ini kenaikan kadar tol adalah secara automatik tetapi setelah dirunding semula, maka tiada lagi kenaikan .

“Sebelum sesuatu kenaikan, syarikat konsesi perlu membentangkan laporan kewangan serta penilaian aliran trafik sama ada mempunyai justifikasi untuk dinaikkan atau sebaliknya.

“Sekiranya mereka sudah mencapai sasaran unjuran perjanjian dan ramalan trafik, maka tidak dibenarkan kenaikan. Ini salah satu perkara yang perlu dikaji semula,” ujarnya.

Fadillah memberitahu, pada masa ini hanya lima syarikat konsesi lebuh raya di negara ini yang memperoleh keuntungan dan selebihnya hanya cukup makan dan rugi, malah ada yang sudah bankrap.

Jelasnya, kerajaan telah mengambil alih satu atau dua syarikat konsesi yang bankrap dan sebuah lagi distruktur semula.

- Utusan Malaysia
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah

Sekianlah artikel Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mekanisme Baharu Sistem Tol Masih Dikaji – Fadillah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mekanisme-baharu-sistem-tol-masih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :