Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen

Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen
link : Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen

Baca juga


Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen


SEJAK berpuluh-puluh tahun Lyn Slater, 63, menjadi professor di Universiti Fordham namun kini dia menjadi terkenal selepas disalah anggap sebagai ikon fesyen.

Ia berlaku beberapa tahun lalu ketika minggu fesyen New York diadakan. Ketika itu Lyn yang memakai jaket Yohji Yamamoto dan membawa beg Chanel sedang menunggu hidangan makan tengaharinya.

Tanpa disedarinya, dua wartawan dari Jepun mula merakamkan gambarnya kerana mereka menyangka Lyn adalah ikon fesyen dan terlibat dalam dunia rekaan serta modeling.

“Secara tiba-tiba jurugambar lain mengerumuni saya dan mula merakamkan gambar saya. Mereka juga bertanyakan soalan kepada saya dan pelancong yang ada di situ mula menyangka saya seorang yang penting kerana begitu ramai yang mengerumuni saya,’’ kata Lyn.

Detik berkenaan ternyata telah mengubah hidup Lyn.

Beliau yang banyak membuat kajian dalam kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak dalam kerjayanya, telah mendapat inspirasi daripada keadaan berkenaan dan telah membuka blog Accidental Icon, bagi mendokumentasikan minatnya dalam bidang fesyen.

Blog tersebut kemudiannya menjadi tarikan ramai tidak kira peringkat usia.

“Saya mendapat banyak emel daripada golongan muda yang memberitahu bahawa peningkatan usia tua sebenarnya boleh menjadi menarik dan `cool’,’’ katanya.

Pada masa yang sama, minat Lyn itu telah dihidu oleh industri fesyen dan beliau telah menandatangani perjanjian dengan Elite London untuk menjadi model.

Lyn juga berpeluang memperagakan pakaian untuk jenama terkenal seperti Comme Des Garcons, Mango dan Valentina.

Menerusi fesyen, Lyn mahu memberitahu industri fesyen bahawa seseorang itu boleh memakai apa sahaja fesyen yang diingininya meskipun telah mencecah usia tertentu. – Mynewshub.cc
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen

Sekianlah artikel Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Profesor Usia 63 Tahun Jadi Ikon Fesyen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/profesor-usia-63-tahun-jadi-ikon-fesyen_15.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :