link : Putrajaya minta Pyongyang henti ujian senjata
Putrajaya minta Pyongyang henti ujian senjata
KUALA LUMPUR: Malaysia minta Korea Utara menghentikan ujian nuklear dan peluru berpandu yang dilihat akan mencetuskan ketegangan serantau.
Wisma Putra dalam satu kenyataan, menyuarakan kebimbangan berkenaan tindakan negara komunis itu yang menjadi ancaman kepada negara serantau.
Bagi mengelak tercetusnya konflik, Wisma Putra menggesa Korea Utara melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab antarabangsanya di bawah resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ini kerana, ujian peluru berpandu menghalang sebarang usaha untuk mewujudkan keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara amnya.
Ia juga menjejaskan usaha global untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Sehubungan itu, Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Korea Utara pada 14 Mei lalu.
"Malaysia berasa amat gusar atas tindakan Korea Utara yang secara jelas mencabuli resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.
"Dalam hal ini, Malaysia menyeru Korea Utara kembali komited terhadap dialog dan rundingan bagi tujuan mencapai keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa secara amnya," kata kenyataan itu.-BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Putrajaya minta Pyongyang henti ujian senjata
Sekianlah artikel Putrajaya minta Pyongyang henti ujian senjata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Putrajaya minta Pyongyang henti ujian senjata dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/putrajaya-minta-pyongyang-henti-ujian.html