link : Rai Ulangtahun ke-20, Beckham Mahu Belikan Victoria Pulau
Rai Ulangtahun ke-20, Beckham Mahu Belikan Victoria Pulau
Sempena meraikan 20 tahun pertemuan mereka, David Beckham telah menyediakan satu hadiah yang luar biasa untuk isterinya yang tercinta, Victoria Adams, 43.
Bekas bintang bola sepak itu dilaporkan merancang untuk membelikan bekas anggota kumpulan Spice Girls itu sebuah pulau di Carribean.
Memetik laporan Dailymail, bintang berusia 42 tahun itu telah membuat tinjauan dengan sebuah pemaju hartanah Bird Cay, di Pulau Berry Selatan di Nassau. Di pulau seluas 100 hektar itu terdapat sebuah vila mewah, lengkap dengan rumah tamu dan lima bilik penginapan.
“David ingin membelikan (Victoria) hadiah sebagai tanda dua puluh tahun mereka bersama, sebuah tempat untuk isterinya bersantai.
“Mereka ingin seperti Sir Richard Branson yang memiliki Necker Island, jadi bagi David ini merupakan langkah yang logik. Pulau Carribien sangat mengagumkan.”
..
Namun Bird Cay bukan satu-satunya pilihan bagi Beckham kerana dia juga dikhabarkan sedang berbincang dengan pemaju Sandy Cay, untuk membeli Pulau seluas 250 hektar di Bahamas.
Beckham bertemu dengan Victoria ketika wanita yang sinonim dengan gelaran ikon fesyen itu menyaksikan Beckham bermain dalam satu perlawana ketika bersama kelab lamanya, Manchester United. Pasangan ini berkahwin pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata, Brooklyn (18 tahun), Romeo (14 tahun), Cruz (12tahun) dan, Harper (5 tahun).
Bagaimanapun Beckham menafikan berita tersebut.
“Itu sama sekali tidak benar,” kata jurucakap Beckham.
The post Rai Ulangtahun ke-20, Beckham Mahu Belikan Victoria Pulau appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Rai Ulangtahun ke-20, Beckham Mahu Belikan Victoria Pulau
Anda sekarang membaca artikel Rai Ulangtahun ke-20, Beckham Mahu Belikan Victoria Pulau dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rai-ulangtahun-ke-20-beckham-mahu.html