link : Rakyat M’sia Di Indonesia Dinasihat Berjaga-Jaga
Rakyat M’sia Di Indonesia Dinasihat Berjaga-Jaga
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia diingatkan supaya berjaga-jaga dan menjauhi tempat tumpuan awam atau dikawal pasukan keselamatan, susulan insiden letupan bom di sebuah terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada Rabu malam.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama berkata peringatan itu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan hanya berada di sekitar Jakarta malah di lokasi lain di negara berkenaan.
“Kita juga telah minta kerjasama polis Indonesia dalam memastikan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa, dan setakat ini tiada apa-apa laporan rakyat kita menjadi mangsa,” katanya merujuk kepada insiden yang dilapor mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis.
Turut terbunuh dalam kejadian pukul 9 malam itu ialah dua pengebom bunuh diri.
Semua konsulat Malaysia di negara jiran itu diberitahu supaya menasihati rakyat Malaysia agar menjauhi tempat tumpuan awam atau yang dikawal polis, kata duta yang berpangkalan di Jakarta itu.
Menurutnya, keadaan setakat ini terkawal dengan anggota keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rakyat M’sia Di Indonesia Dinasihat Berjaga-Jaga
Sekianlah artikel Rakyat M’sia Di Indonesia Dinasihat Berjaga-Jaga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat M’sia Di Indonesia Dinasihat Berjaga-Jaga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rakyat-msia-di-indonesia-dinasihat.html