link : Nasihat Pra Hari Raya
Nasihat Pra Hari Raya
Pertama sekali nak bagitahu yang catatan ini bukanlah confession tapi adalah nasihat dan pesanan semata-mata. Ringkasnya aku ingin mengingatkan:
Pertama. Kita tahu musim raya ni semua orang yang ada kampung mesti nak balik rumah mak ayah. Jangan lupa service kereta ya. Nak jalan jauh nanti, kalau kereta kau stuck di tengah lebuhraya nanti sudah tentu menyusahkan kereta lain yang sama-sama nak cepat sampai jumpa mak abah.
Kedua. Dalam ramai-ramai adik beradik kita, ipar duai balik kampung, tolong jangan menghambakan ibu kita di dapur. Kadang-kadang memang anak-anak ni beralasan lapuk rindu air tangan bonda. Hangguk engkaulah kalau engkau cuma tahu order ketupat, rendang, lemang bagai tapi kau sendiri melingkar kemalasan memerap dalam bilik. Bila makanan dah elok terhidang reti pula keluar bilik.
Ketiga. Kaum bapak kalau nak bini kamu turun ke dapur mak kamu, tolonglah ambil alih urusan menjaga anak kecil. Awasi mereka sementara mak-mak sibuk di dapur. Tolong cebok kalau anak berak. Isteri kamu bukan saja2 escape, dia duk dapur untuk siapkan juadah hari raya juga sama2 mak kamu. Masa sibuk-sibuk pelbagai hal boleh jadi. Kereta yang keluar masuk di halaman rumah, tangga curam, mercun sesat entah dari mana, api masak ketupat, dodol yang boleh membahayakan anak-anak pada bila-bila masa.
Keempat. Penting sangat untuk keluarga besar. Tiap individu eloknya lepas makan silalah cuci pinggan makan sendiri. Kalau tak mampu nak tolong cuci periuk belanga, kuali bagai, dapat 10 orang yang reti cuci pinggan mangkuk cawan makan sendiri pun dah cukup mengurangkan beban orang yang dah berhempas pulas di dapur. Sorry to say, sesetengah family memang jenis timbun pinggan mangkuk dalam sinki. Kasihanlah yang kena cuci sorang-sorang tu. Hmmm.
Kelima. Aurat sesama ipar duai. Kalau nak ikutkan mak yang anak 10 orang, letihlah kalau setiap orang kena seorang satu bilik untuk seisi keluarga. Paling2 kalau rumah 3 bilik, boleh share adik beradik perempuan sama2 ipar perempuan. Yang lelaki duduklah satu bilik lain, takat nak salin baju je. Ini isu besar untuk mak-mak beranak kecil dengan adik beradik ipar yang ramai dan keluarga besar. Nak menyusu, nak ganti baju hapak bermandi peluh dengan baju berapa layer seiring tuntutan syariah. Sangat payah kalau takde bilik khas untuk perempuan dalam keadaan begini.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis.
So far ini yang aku rasa kritikal dan rasa amat perlu diberi perhatian.
Kalau ada yang nak sambung, silakan.
Bibik abadi
Sumber & Kredit: iiumc
Demikianlah Artikel Nasihat Pra Hari Raya
Anda sekarang membaca artikel Nasihat Pra Hari Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nasihat-pra-hari-raya.html