link : RBC Galak Belia Pilih Bidang Keusahawanan
RBC Galak Belia Pilih Bidang Keusahawanan
KUANTAN: Sambutan baik diterima program Rural Business Challenge (RBC) tahun lalu mendorong Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menganjurkan program RBC 2017 berkonsepkan rancangan realiti televisyen.
Menggunakan format yang sedia ada, iaitu menggalakkan belia di luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, program itu akan ditayang di televisyen pada Ogos ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelancaran rancangan realiti itu adalah untuk menjadikan program RBC lebih menarik sambil memberi peluang kepada penonton mempelajari ilmu keusahawanan melalui modul latihan disampaikan pakar dalam bidang keusahawanan.
"Peserta akan ditempatkan di satu lokasi dan diberi latihan serta tunjuk ajar dalam bidang berkenaan yang akan dibantu empat pakar usahawan selebriti yang terbabit dalam rancangan itu.
"Sebelum ini program RBC hanya dijalankan di kawasan luar bandar, tidak ramai orang yang mengetahui mengenainya, jadi apabila ia berkonsepkan realiti televisyen, semua orang dapat melihat jenis perniagaan yang dilakukan selain menimba ilmu keusahawanan.
"Pemenang akan menerima wang tunai serta geran bernilai RM1 juta dan ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat, dengan syarat pelaksanaan projek atau perniagaan itu dilakukan di kawasan luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah RBC 2016 dan Pelancaran Realiti RBC 2017, di sini.
RBC adalah antara program di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bertujuan menggalakkan belia luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.
Ismail Sabri berkata, program yang dilancarkan sejak 2012 itu terbahagi kepada dua kategori iaitu pengembangan perniagaan dan idea perniagaan.
Katanya, sepanjang tempoh itu seramai 107 pemenang di bawah kedua-dua kategori yang dipertandingkan di mana 77 pemenang dari kategori pengembangan perniagaan dan idea perniagaan. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel RBC Galak Belia Pilih Bidang Keusahawanan
Sekianlah artikel RBC Galak Belia Pilih Bidang Keusahawanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RBC Galak Belia Pilih Bidang Keusahawanan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rbc-galak-belia-pilih-bidang.html