link : Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
PUTRAJAYA: Tempoh reman seorang koperal polis dan pemandu van dilanjutkan enam hari bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.
Perintah lanjutan reman bermula esok hingga 30 Mei ini dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Rabu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anggota polis berusia 52 tahun itu di rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada jam 2.15 petang.
Dalam serbuan itu, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM800,000 dalam stor di rumah anggota polis berkenaan.
Pemandu van yang dipercayai menjadi orang tengah dalam kegiatan itu ditahan SPRM Khamis lalu di Ibu Pejabat SPRM di sini, selepas memberi keterangan kira-kira jam 9 malam.
Difahamkan, akaun bank suspek lelaki berusia 32 tahun itu digunakan untuk memasukkan wang perlindungan yang dibayar pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sebelum diagihkan kepada yang lain.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini jam 9.15 pagi berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.
Setakat ini, seramai 12 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.-BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
Sekianlah artikel Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/reman-koperal-pemandu-van-lanjut-6-hari.html