link : Resipi usia lanjut
Resipi usia lanjut
Gua Musang: Tidak ambil makanan berminyak sebaliknya hanya menikmati nasi putih bersama ikan bakar, budu dan ulam-ulaman sejak remaja.
Itu resipi kekal sihat diamalkan warga emas dikenali Minah Deris yang mendakwa usianya kini 120 tahun, tetapi masih kuat dan mampu menaiki tangga.
Warga emas itu juga tidak memerlukan tongkat untuk berjalan, malah tidak perlu dibantu kerana boleh menguruskan dirinya, termasuk menaiki 100 anak tangga ke rumahnya di tingkat tiga, Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Persiaranraya, di sini.
Akuinya, sejak tiga bulan tinggal di rumah itu bersama anak perempuannya, setiap hari dia turun dan naik tangga terutama jika mahu membeli barang keperluan di pekarangan rumah.
“Tak ada amal apa-apa, saya cuma pantang makan saja. Sejak remaja hingga sekarang, saya tidak ambil makanan berminyak, hanya nasi putih dengan ikan tawar dibakar serta cicah budu dan ulam setiap hari serta banyak berjalan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Resipi usia lanjut
Anda sekarang membaca artikel Resipi usia lanjut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/resipi-usia-lanjut.html