Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan

Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan
link : Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan

Baca juga


Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan

DHAKA – Ribut tropika Mora membadai Bangladesh pada Selasa dengan kelajuan angin 117 kilometer sejam mengakibatkan beberapa buah rumah rosak sejurus selepas pihak berkuasa memindahkan ratusan ribu penduduk dari kawasan pantai, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Buletin khas Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata, ribut itu kemudian menuju ke bahagian Teluk Utara menyeberangi pantai Cox Bazar-Chittagong pada pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Seramai 300,000 di sepuluh daerah paling terdedah kepada ribut telah dipindahkan ke tempat selamat, kata jurucakap bilik kawalan pengurusan Kementerian Bencana Golam Mostafa menurut laporan B D News.

Dianggarkan kira-kira 2.5 juta penduduk di Cox’s Bazar, Chittagong, Noakhali, Lakshmipur, Feni, Chandpur, Barguna, Patuakhali, Bhola, Barisal dan Pirojpur terdedah kepada risiko.

Bencana itu menyebabkan kawasan rendah di daerah pantai dan pulau berkemungkinan dilanda pusuan ribut antara 1.2 hingga 1.5 meter.

Semua bot nelayan dan pukat tunda dinasihatkan tidak menjalankan sebarang aktiviti di perairan sehingga diberitahu.

Bangladesh sering dilanda ribut antara April dan Disember. Pada tahun lepas ribut tropika Roanu melanda pantai selatan negara itu mengakibatkan 20 orang terbunuh dan setengah juta penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan

Sekianlah artikel Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ribut-mora-penduduk-terpaksa-dipindahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :