Rusia haramkan aplikasi WeChat

Rusia haramkan aplikasi WeChat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rusia haramkan aplikasi WeChat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rusia haramkan aplikasi WeChat
link : Rusia haramkan aplikasi WeChat

Baca juga


Rusia haramkan aplikasi WeChat


BEIJING – Gergasi internet China, Tencent memaklumkan bahawa aplikasi mesejnya, WeChat telah disekat di Rusia, manakala pihaknya masih berunding dengan Moscow untuk menyelesaikan isu tersebut.

WeChat merupakan perkhidmatan pemesejan paling popular di dunia dan memiliki seramai 889 juta pengguna global menjelang penghujung tahun 2016.

Selain pemesejan, WeChat turut menawarkan pembayaran, pengang­kutan dan pelbagai perkhid­matan lain.

Setakat ini, bilangan pengguna WeChat di Rusia masih tidak dapat dipastikan.

“Kami menghadapi sekatan dan kami memohon maaf,” kata seorang pegawai Tencent di laman blog syarikat berkenaan.

“Undang-undang Rusia menyatakan bahawa pembekal perkhidmatan online wajib berdaftar dengan kerajaan tetapi WeChat mempunyai pemahaman berbeza berhubung peraturan ini,” tambahnya.

Seorang jurucakap pihak berkuasa telekomunikasi Rusia, Roskomnadzor kemudian berkata, aplikasi mesej itu tidak menyerahkan maklumat orang hubungannya berkaitan pendaftaran organisasi itu.

“Kami telah menghantar surat kepada iTunes dan Google Play supaya menyekat aplikasi ini (di Rusia). Kami masih me­nunggu maklum balas.

“Jika arahan ini tidak dipatuhi, kami akan menyekat akses aplikasi We Chat menerusi pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan,” kata pegawai berkenaan, Vadim Ampelonsky kepada agensi berita RIA-Novosti, Jumaat lalu.

Pada awal minggu lalu, Roskomnadzor turut mengharamkan aplikasi Blackberry Messenger dan Line atas sebab sama.

Pada tahun 2014, Rusia meluluskan undang-undang mewajibkan perkhid­matan mesej ­asing, enjin carian internet dan laman sosial supaya menyimpan data peribadi pengguna Rusia di Rusia.

Laman web yang me­langgar undang-undang itu akan disenaraihitamkan, manakala pembekal perkhid­matan internet perlu­ menyekat akses laman berkenaan.

Undang-undang itu dikuatkuasakan pada tahun 2015. Laman sosial golo­ngan profesional, LinkedIn telah disekat kerana didapati melanggar undang-undang tersebut. – AFP


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rusia haramkan aplikasi WeChat

Sekianlah artikel Rusia haramkan aplikasi WeChat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rusia haramkan aplikasi WeChat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rusia-haramkan-aplikasi-wechat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :