link : Syarikat Minyak, Gas Digesa Promosi Gas Asli
Syarikat Minyak, Gas Digesa Promosi Gas Asli
KUALA LUMPUR - Syarikat minyak & gas boleh membantu mempromosikan penggunaan gas asli, selain tenaga boleh baharu sebagai pilihan untuk bahan api yang lebih bersih bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata inilah masa yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan gas asli dalam pasaran baharu memandangkan harganya yang lebih menarik, hasil daripada infrastruktur pelaburan yang tepat.
"Saya berharap syarikat serta kerajaan dapat membentuk usaha sama pintar bagi memanfaatkan potensi gas asli sepenuhnya sebagai pilihan yang berdaya maju dari segi komersial dan alam sekitar.
"Dua langkah ini sangat penting dalam menyokong satu sama lain, dan bukan sebaliknya," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas kali ke-19 di sini hari ini.
Beliau berkata syarikat minyak dan gas juga boleh membantu meningkatkan teknologi bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau dalam proses industri masing-masing. - Bernama
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Syarikat Minyak, Gas Digesa Promosi Gas Asli
Sekianlah artikel Syarikat Minyak, Gas Digesa Promosi Gas Asli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Minyak, Gas Digesa Promosi Gas Asli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/syarikat-minyak-gas-digesa-promosi-gas.html