Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa

Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa
link : Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa

Baca juga


Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa

Tidak pernah serik… Itu yang boleh dilabelkan kepada sindiket penipuan yang sentiasa mencari idea serta cara baharu untuk memerangkap mangsanya.

KUALA LUMPUR – Tidak pernah serik… Itu yang boleh dilabelkan kepada sindiket penipuan yang sentiasa mencari idea serta cara baharu untuk memerangkap mangsanya.
Jika sebelum ini banyak kes penipuan yang membabitkan sindiket gores dan menang hingga ramai yang mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.
Kini terdapat taktik terbaharu yang didakwa digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan oleh sindiket terbabit.
Menurut sumber, modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah lebih kurang sama namun taktik dilakukan agak berbeza.
Dakwanya, gores dan menang tidak lagi menjadi taruhan sindiket ini, tetapi kini menggunakan kupon yang sengaja diselitkan dalam akhbar harian.
“Motif yang digunakan adalah sama, tetapi kali ini dilihat lebih bahaya dan mudah mengelirukan orang ramai. Dengan hanya buka pelekat, akan tertera hadiah berserta kod dan hadiah yang ditawarkan lumayan.
“Sebaik sahaja pelekat dibuka dan tertera hadiah ‘dimenangi’, mangsa perlu memenuhi syarat ditetapkan oleh sindiket yang berselindung di bawah nama sebuah syarikat.
“Antaranya mangsa diminta menyerahkan butiran peribadi mereka termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit,” dakwa sumber.
Malah katanya, syarikat berkenaan seterusnya akan menghantar katalog kepada mangsa dan perlu memilih barangan elektrik dalam katalog sebelum membuat pembayaran.
Ini kononnya untuk membolehkan mereka mendapatkan hadiah dalam peringkat cabutan bertuah.

“Yang pastinya, pada saya sindiket ini menyasarkan masyarakat luar bandar yang tidak tahu apa di sebalik cabutan bertuah ini,” ujarnya.-Suara.TV
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa

Sekianlah artikel Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sindiket Gores dan Menang Guna Taktik Baru Tipu Mangsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sindiket-gores-dan-menang-guna-taktik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :