Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA

Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA
link : Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA

Baca juga


Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA

Foto: MCA
SEREMBAN: Lebih ramai calon muda akan diketengahkan MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, selepas pimpinan tertinggi parti memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan sayap itu setakat ini, kata Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon.

"Kami melahirkan rasa syukur kepada ramai calon muda yang telah diberikan pertimbangan dan lebih banyak muka baharu akan diberikan peluang (untuk bertanding pada PRU14)," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai calon yang akan diketengahkan parti itu pada PRU akan datang selepas melawat mangsa yang terlibat dalam kebakaran Ahad lepas di Kampung Baru Sikamat, dekat sini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata sebagai persiapan pilihan raya umum, MCA merangka pelbagai strategi termasuk melakukan kelainan dalam corak berkempennya dengan melibatkan lebih ramai pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) di atas satu pentas.

"Generasi muda hari ini lebih suka untuk melihat pemimpin pelbagai kaum duduk sekali atau berkempen bersama-sama dan inilah yang kami lakukan pada hari ini. Bagaimanapun kempen yang menjurus kepada pengundi Cina masih lagi kami teruskan, begitu juga dengan UMNO dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata kempen melibatkan parti komponen yang lain adalah selari dengan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, April lepas yang menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

"Setakat ini sudah lima negeri iaitu Pahang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah telah dilaksanakan kempen secara bersama," katanya.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Abu Ubaidah Redza, yang juga Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri. -- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA

Sekianlah artikel Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada PRU14 - MCA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lebih-ramai-calon-muda-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :