SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah
link : SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

Baca juga


SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan pendekatan amat tegas dan agresif dalam operasinya, termasuk menangkap individu yang terlibat dengan rasuah, tanpa gentar dan pilih kasih.

Ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini kerana rasuah menjadi pembuka lorong kepada pelbagai jenayah keji lain seperti jenayah rentas sempadan dan pengedaran dadah.

Menurut beliau, akibat rasuah, wanita dan kanak-kanak akan terus diperdagangkan, manakala senjata kecil akan sampai ke destinasi yang boleh mencetuskan keganasan.

"Rasuah bukan jenayah semata-mata. Bertan-tan dadah akan terus sampai kepada penggunanya dan kegiatan penyeludupan serta pencerobohan sempadan akan terus berleluasa," katanya dalam ucaptama pada Forum Agensi Pencegahan Rasuah ke-8 di sini hari ini.

Dzulkifli berkata perkara paling membimbangkan ialah rasuah akan terus menjadi "pencuri" pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial.

Beliau berkata pelaksanaan mekanisme pemantauan semata-mata tidak mencukupi sekiranya ingin menjadikan usaha kerajaan memerangi rasuah sampai ke peringkat umbinya.

"Bagi saya, semua usaha mulia ini akan gagal tanpa adanya tanggungjawab bersama.

"Sekiranya kita, sebagai warganegara, hanya berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa, maka diri kitalah yang patut dipersalahkan kerana membiarkan rasuah terus menghakis hasil yang telah dicapai melalui demokrasi yang kita perjuangkan dengan begitu bersusah-payah selama ini," katanya.

Lapan agensi anggota mengambil bahagian dalam forum dua hari itu yang bertujuan memupuk kerjasama dalam kalangan agensi pencegahan rasuah di rantau ini.

-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

Sekianlah artikel SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sprm-guna-pendekatan-tegas-agresif_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :