link : “Bukan ajar anak berpakaian lelaki” – Zila Bakarin
“Bukan ajar anak berpakaian lelaki” – Zila Bakarin
Pelakon Zila Bakarin tidak melihat pilihan pakaian seperti mengenakan baju Melayu di pagi raya akan membawa pengaruh yang buruk buat anak-anaknya.
Kata aktres tersebut, bukan juga niatnya untuk mengajar anak-anak perempuannya berpakaian seperti lelaki sebaliknya lebih kepada mencari keselesaan dalam berpakaian.
“Memang ini kali pertama saya dan keluarga mengenakan baju Melayu. Baju yang kami sekeluarga pakai itu hanya dibeli dua hari sebelum sambutan Hari Raya. Bukan niat mahu menjadi tular pun.
“Apabila menjadi tular, ada pihak yang suka dengan idea ini tetapi ada juga yang mengkritik kononnya saya mengajar anak saya berpakaian seperti lelaki. Yang saya fikir bukan pakaian lelaki tetapi saya dan anak-anak mahu pakaian yang selesa.
“Pada masa yang sama saya dan anak-anak tetap berhias diri seperti perempuan,” katanya kepada Utusan Online.
Gambar keluarga pelakon ini mula menjadi tular apabila Zila, 42, bersama-sama suami, Azri Azhar dan dua anaknya, Kaseh, 8, dan Cinta, 5, memilih baju Melayu sebagai pakaian di pagi raya.
Sementara itu ditanya sama ada dia sekeluarga akan mengenakan lagi baju Melayu meraikan Syawal tahun depan, jelas Zila, buat masa ini dia tidak terfikir lagi soal berkenaan.
“Yang saya inginkan adalah keselesaan sebab saya tahu anak-anak saya aktif jadi kalau mengenakan pakaian yang tidak selesa memang sekejap sahaja mereka pakai. Tetapi kali ini memang sampai ke malam raya mereka masih mengenakan pakaian yang sama.
“Untuk tahun depan saya tidak tahu lagi, ada juga berseloroh dengan suami untuk dia mengenakan baju kurung pula,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel “Bukan ajar anak berpakaian lelaki” – Zila Bakarin
Anda sekarang membaca artikel “Bukan ajar anak berpakaian lelaki” – Zila Bakarin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bukan-ajar-anak-berpakaian-lelaki-zila.html