link : Tidak Sempat Jadi Orang Tertua Tawan Gunung Everest
Tidak Sempat Jadi Orang Tertua Tawan Gunung Everest
KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal berusia 85 tahun meninggal dunia kelmarin ketika cuba menjadi orang tertua menawan puncak Gunung Everest sekali lagi.
Min Bahadur Sherchan mati di kem pangkalan Everest.
Punca kematian tidak jelas tetapi pegawai pendakian, Gyanendra Shrestha yang berada di kem berkenaan berkata, Sherchan mungkin meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.
Lelaki berkenaan yang mempunyai 17 cucu dan enam cicit menawan puncak gunung itu kali pertama pada Mei 2008 ketika berusia 76 tahun, menjadikannya orang tertua berjaya melakukannya ketika itu.
Rekodnya bagaimanapun dipecahkan oleh pendaki Jepun, Yuichiro Miura, 80, pada 2013.
Bulan lalu, Sherchan berkata, sebaik berjaya mencapai impiannya dan menjadi terkenal, dia bercadang menjelajah ke kawasan konflik untuk menyebarkan mesej keamanan.
Dia menjalani latihan beberapa bulan sebelum cuba menawan puncak gunung itu sekali lagi.
Seorang pendaki Switzerland, Ueli Steck mati minggu lalu ketika menjalani latihan untuk mendaki gunung berkenaan. - Agensi
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tidak Sempat Jadi Orang Tertua Tawan Gunung Everest
Sekianlah artikel Tidak Sempat Jadi Orang Tertua Tawan Gunung Everest kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak Sempat Jadi Orang Tertua Tawan Gunung Everest dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tidak-sempat-jadi-orang-tertua-tawan.html