Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok

Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok
link : Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok

Baca juga


Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris, The Star, yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat terawih pada malam pertama ramadan dengan  tajuk muka depannya 'Malaysian Terrorist Leader'.

Menurut Datuk Seri Alwi, kdn akan mendapatkan penjelasan ketua pengarang akhbar berkenaan esok berhubung tindakan akhbar terbabit yang mengguris hati umat Islam di negara ini.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku (lebih-lebih lagi) pada hari pertama masyarakat Islam menunaikan puasa pada bulan Ramadan yang mulia.

“Apa yang mendukacitakan ialah tajuknya berkaitan dengan pengganas, kemudian (terdapat) gambar orang sembahyang terawih dan bawahnya pula ada gambar spa lagi. Takkan ini tidak difahami pihak pengurusan The Star?

“Justeru, KDN akan memanggil ketua pengarangnya esok, dan kita juga akan mendengar apa yangg dikatakan. Sekiranya kita tidak berpuas hati (dengan penjelasan), kita akan keluarkan surat yang sewajarnya kepada pihak pengurusan tersebut,” ujar beliau.

Beliau ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga KDN, di Kuala Nerus petang Ahad.

Alwi berkata, KDN sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit pada 23 Mei lalu bagi memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Bagaimanapun, apa yang disiarkan akhbar berkenaan di muka depannya itu amat mendukacitakan.

Menurut Alwi, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab jika KDN tidak berpuasa hati dengan penjelasannya.

Sementara itu, The Star menerusi portal Star Online telah mengemukakan permohonan maaf.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok

Sekianlah artikel Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tidak-sensitif-kepada-umat-islam-kdn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :