Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion

Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion
link : Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion

Baca juga


Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan memandang serius isu lima doktor yang didakwa menyalahguna profesion mereka untuk memperdaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV).

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah.

“Kita boleh ambil tindakan tegas kepada mereka yang langgar peraturan kita. Kalau ada kes macam ni kita akan ambil tindakan tegas. Setakat ini mereka belum didapati bersalah. Kita akan tentukan (tindakan) kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima di sini, hari ini.

Semalam, lima doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen George Town, Butterworth dan Ipoh atas tuduhan memperdayakan JPJ berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui lesen PSV, Februari lepas.

Dr Hilmi berkata setiap doktor yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan boleh diambil di bawah undang-undang MMC itu jika mereka didapati melakukan penyelewengan profesion.

Ditanya sama ada kemungkinan klinik doktor-doktor terbabit perlu ditutup dan lesen ditarik balik, beliau berkata pihaknya akan berbincang dan membuat keputusan selepas mereka benar-benar didapati bersalah. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion

Sekianlah artikel Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tindakan-tegas-terhadap-doktor-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :