Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria

Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria
link : Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria

Baca juga


Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria



ISTANBUL - Sebuah perkampungan baharu yang bakal menempatkan kira-kira 1,000 anak-anak yatim Syria akan dibuka oleh pasukan bantuan kemanusiaan Turki di selatan negara itu pada 19 Mei, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Perkampungan itu akan menempatkan sebuah Pusat Kanak-Kanak yang berupaya menampung seramai 990 orang, dibina di kawasan seluas 100 ekar di daerah Reyhanli wilayah Hatay bersempadan dengan Syria.

Pembinaannya hasil kerjasama Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH), Yayasan Sheikh Thani Ibn Abdullah Perkhidmatan Kemanusiaan Qatar (RAF) dan Kementerian Dasar Keluarga dan Masyarakat Turki.

Ketua Jabatan Anak Yatim IHH Murat Yilmaz berkata kepada AA, projek berkenaan bertujuan menyokong semua keperluan kanak-kanak antaranya kesihatan, pemulihan, makanan, pakaian dan sokongan psikologi dengan suasana persekitaran seperti dalam sebuah rumah.

Yilmaz berkata untuk permulaan seramai 250 kanak-kanak akan tinggal di pusat itu dan dijangka mencapai sasaran ditetapkan dalam tempoh setahun.

Selain bekerjasama dengan Qatar, beliau berkata Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Poland dan Britain turut menyumbang kepada projek yang menelan kos 80 juta lira (US$ 22.2 juta).

Katanya, kos operasi bulanan pusat itu pula membabitkan kira-kira 1.5 juta lira (US$416,838) yang akan dibiayai menerusi sumbangan para dermawan, NGO dan kerajaan Turki.

Tambahnya, Kementerian Pelajaran akan bertanggungjawab mengupah tenaga pengajar dan menampung perbelanjaan pendidikan.

Setiap villa di pusat itu menampung 18 kanak-kanak mengikut kumpulan umur dan jantina, setiap perumahan dilengkapi bilik tidur, bilik mandi, dapur, ruang makan, bilik belajar, bilik bacaan dan bilik permainan.

Enam pegawai yang diiktiraf akan ditugaskan untuk menjaga setiap vila dan jumlah keseluruhan petugas ialah seramai 330 kakitangan untuk 55 buah rumah.

Perkampungan itu juga mempunyai kemudahan masjid, tiga buah sekolah rendah dan menengah, pusat pemulihan, klinik perubatan, pusat mesyuarat, dewan sukan dalaman dan luaran, pusat kemudahan sosial dan rumah kediaman kakitangan serta tetamu.

Kanak-kanak berpeluang bermain di taman terbuka dan bagi memastikan keselamatan mereka , Yilmaz berkata pengawal keselamatan akan ditugaskan selama 24 jam dan kawasan sekitar turut dipasang kamera.

Turki telah membelanjakan kira-kira US$25 bilion bagi tujuan membantu dan menyediakan perlidungan untuk pelarian sejak perang saudara meletus di Syria.- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria

Sekianlah artikel Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Turki Bina Perkampungan Khas Tempatkan Anak-Anak Yatim Syria dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/turki-bina-perkampungan-khas-tempatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :