Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta

Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta
link : Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta

Baca juga


Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta


SERDANG - Seorang wanita berusia 42 tahun dikesan telah melarikan sebuah kereta model Perodua Bezza dan polis tidak menyangka wanita terbabit adalah seorang penjenayah yang profesional, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, suspek berkebolehan mematikan sistem penggera sebelum berjaya melarikan kenderaan yang dicurinya dalam tempoh hanya beberapa minit sahaja.

Menurutnya, mangsa memaklumkan bahawa beliau meletakkan kenderaanya itu di hadapan rumahnya dalam keadaan berkunci dengan baik pada jam 10 malam, walau bagaimanapun, mangsa mendapati keretanya telah dicuri dan hilang ketika ingin pergi bekerja pada waktu 7.30 pagi semalam.

Mangsa kemudiannya melihatnya rakaman litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan tempat letak kenderaan sebelum mendapati keretanya itu telah dilarikan oleh seorang wanita, jelasnya.

Setelah mendapat laporan daripada mangsa, pihak polis bergegas membuat serbuan di rumah sewa yang diduduki suspek di Seri Kembangan pada jam 1 petang semalam.

Pihak polis telah berjaya menahan suspek serta merampas telefon bimbitnya dan juga beg sandang milik suspek. Suspek kemudiannya membawa polis untuk menunjukkan di mana dia menyembunyikan kenderaan yang dicurinya itu iaitu di belakang sebuah pasar raya di Jalan Perusahaan 3, katanya.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit sama dalam kes ini yang berusia 30-an, katanya.

Melalui siasatan awal pihak polis, suspek dipercayai mempunyai rekod jenayah lampau yang membabitkan penyalahgunaan dadah. Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta

Sekianlah artikel Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjenayah Profesional Seorang Perempuan Berkebolehan Matikan Penggera Dengan Cepat Larikan Kereta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penjenayah-profesional-seorang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :