link : Zaquan Adha Jadi Pelakon?
Zaquan Adha Jadi Pelakon?
Betul ke pemain bola sepak negara, Zaquan Adha kini dah jadi seorang pelakon? Adakah Zaquan kini mengikut jejak langkah isterinya, Ayu Raudhah yang merupakan seorang pelakon juga.
Beberapa hari lalu di akaun instagram TV3 terdapat satu video teaser yang dikongsikan untuk tontonan umum dan di dalam video tersebut terlihat kelibat Zaquan yang digandingkan bersama pelakon kecil molek, Elfira Loy.
Adakah lakonannya mantap seperti isteri, kakak iparnya, Rozita Che Wan dan birasnya, Zain Saidin. Mana tau Zaquan boleh jadi seorang pelakon yang hebat setanding nama-nama besar di dalam industri seni ini.
Sama-sama kita nantikan.
Sedikit info tentang Zaquan:
Zaquan atau nama sebenarnya adalah Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, kini merupakan pemain bola sepak yang bermain bersama Perak FA. Abang kembarnya juga merupakan pemain bola kebangsaan sama sepertinya.
Pada usia 16 tahun, Zaquan telah mewakili skuad remaja Malaysia dan ketika di usianya 18 tahun dia telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA).
Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah apabila dia memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.
Pada musim 2005, Zaquan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan dan pada tahun itu juga dia digandingkan bersama penyerang sensasi Christian Bekamenga. Musim 2007/08 pula Zaquan berjaya menjaringkan gol sebanyak 11 gol dan sekaligus menjadikan dirinya penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim tersebut.
Beralih kepada soal peribadinya pula, Zaquan telah berkahwin dengan pelakon wanita popular, Ayu Raudhah pada Januari 2011. Hanya dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Hasil daripada perkahwinan merka ini, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryann.
The post Zaquan Adha Jadi Pelakon? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Zaquan Adha Jadi Pelakon?
Anda sekarang membaca artikel Zaquan Adha Jadi Pelakon? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/zaquan-adha-jadi-pelakon.html