link : 10 Soalan Random Suho, Sehun dan Chanyeol: EXO Nak Berkolaborasi Dengan Coldplay?
10 Soalan Random Suho, Sehun dan Chanyeol: EXO Nak Berkolaborasi Dengan Coldplay?
Gambar: Skechers
Terima kasih Skechers kerana telah menerbangkan kami secara eksklusif untuk menemubual tiga anggota kumpulan popular Korea Selatan, EXO iaitu Suho, Sehun dan Chanyeol di Singapura minggu lalu. Apa yang boleh kami simpulkan, peminat muzik Kpop dan kumpulan EXO khususnya sememangnya bersemangat, fanatik dan hampir separuh gila apabila bertemu artis kesayangan mereka secara depan mata!
Berkesempatan bertemu mata dengan Suho, Sehun dan Chanyeol, kami sempat bertanyakan 10 soalan random kepada mereka.
1. Apakah formula untuk mengekalkan EXO dengan kejayaan yang berterusan?
Formula yang paling penting adalah hubungan sesama ahli kumpulan EXO dan kerjasama yang diberikan. Ia menjanjikan kejayaan jika hubungan yang baik ini dapat dikekalkan. Selain itu, rasa sayang pada peminat juga antara punca kami sentiasa bertahan. Kami cukup menghargai setiap sokongan daripada peminat.
2. Sila terangkan Skechers dalam satu perkataan?
Suho: Nice shoes!Sehun: Kegembiraan.
Chanyeol: Hybrid Shoes.
3. Pilih salah satu daripada tiga perkara ini; Sweet Monster, Tarian atau kegembiraan?
Suho: Dengan ada kasut yang baik, kami dapat menari dengan hebat.Sehun: Kegembiraan!
Chanyeol: Bila dapat menari dengan hebat, kegembiraan pasti akan muncul.
4. Apa perkara yang paling susah menjadi EXO?
Mengekal hubungan antara ahli kumpulan adalah perkara yang paling susah. Ia banyak memberi kesan pada kami serta peminat.5. Bagi seseorang yang pertama kali menjejakkan kaki ke Korea Selatan, dimana tempat yang harus mereka kunjungi?
Anda boleh pergi ke Gyeongbok Palace, sebuah istana diraja dari Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. Disitu terdapat banyak sejarah tentang raja-raja yang pernah menginap disitu. Selain itu, anda boleh menjelajah ke daerah Jongno-gu yang telah menjadi pusat Seoul selama 600 tahun. Tempatnya cantik, kaya dengan elemen budaya dan sejarah.6. Siapakah artis yang anda mahu sangat bekerjasama?
Kami baru ke konsert Coldplay di Seoul baru-baru ini, kami sangat terpukau. Jadi kami ingin berkolaborasi dengan kumpulan Coldplay.7. Menjadi duta bagi jenama Skechers, siapakah antara Suho, Sehun dan Chanyeol yang paling obses dengan kasut?
Tiada yang spesifik kerana setiap daripada kami serta ahli kumpulan yang lain memang suka kumpul kasut. Selalu bila ada penghantaran barang ke tempat tinggal kami, orang tersebut pasti akan terkejut dengan jumlah kasut yang ada di atas lantai apabila kami membuka pintu.8. Apa yang akan terjadi pada EXO selepas ini?
Kami akan kembali dengan album baru dan pastinya konsert jelajah.9. Menggunakan kasut Skechers D'Lites2 Sweet Monster, bagaimanakah anda akan menggayakan kasut tersebut dengan stail?
Skechers D'Lites 2 Sweet Monster sangat sesuai digayakan bersama jogger pants, jeans dan juga seluar slack. Jadi penampilan anda akan nampak lebih pada gaya street wear dan kasual dengan kasut ini.10. Jika anda menjadi juri pertandingan tarian, apakah ciri-ciri yang akan anda tengok dan pilih sebagai juara?
Kami akan memilih kumpulan yang lebih banyak menonjolkan karakter, emosi dan ada x-factor.Pada majlis yang sama, telah berlangsungnya pertandingan tarian 'Skechers Sweet Monster K-Pop Dance Competition' yang turut berlangsung di Singapura. 6 finalis akhir terdiri daripada kumpulan dari Malaysia, Thailand dan Singapura berentap untuk bergelar juara. Tuah memihak pada kumpulan yang berasal dari Johor Bahru, Malaysia, Virus Ladies telah mengondol hadiah utama iaitu wang tunai USD 3,000 dan trofi yang disampaikan sendiri oleh Suho, Sehun dan Chanyeol.
Tempat kedua menjadi milik STARREseconds dari Singapura yang membawa pulang hadiah trofi dan USD 2,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh K-Boy dari Thailand dengan hadiah trofi dan wang tunai USD 1,000. Nak tahu bagaimana meriahnya pertandingan tarian ini beserta penampilan khas Suho, Sehun dan Chanyeol dari kumpulan EXO di atas pentas, saksikan.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 10 Soalan Random Suho, Sehun dan Chanyeol: EXO Nak Berkolaborasi Dengan Coldplay?
Anda sekarang membaca artikel 10 Soalan Random Suho, Sehun dan Chanyeol: EXO Nak Berkolaborasi Dengan Coldplay? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/10-soalan-random-suho-sehun-dan.html