4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan

4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan
link : 4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan

Baca juga


4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan

KOTA KINABALU – Kira-kira 4,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, di sini hari ini.

Majlis rumah terbuka bermula 9 pagi itu dihadiri masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan para tetamu dihidangkan dengan juadah menarik termasuk makanan istimewa pada hari raya seperti sate, ketupat, lemang dan rendang.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Abdul Rahman berkata kehadiran ramai pengunjung menunjukkan perasaan kekitaan jelas terpancar dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

“Pemimpin daripada parti pembangkang juga turut hadir beramah mesra dengan pemimpin kerajaan pada majlis ini. Kita lihat suasana lebih mesra dan saya berharap dengan perasaan kekitaan dan kekeluargaan antara satu sama lain berkekalan sampai bila-bila.

“Kita mungkin berbeza pendapat dari segi politik, ekonomi atau kerajaan namun dalam majlis ini kita dapat cari titik persamaan yang boleh menyatupadukan rakyat,” kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin.

Antara tetamu kenamaan lain yang hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU), beliau akan terus menjadikan pembangunan Sabah sebagai agenda utama di peringkat persekutuan.

“Sabah masih memerlukan banyak pembangunan dan saya selalu mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  dan Ketua Menteri Sabah (Musa) untuk memastikan apa pembangunan yang perlu diutamakan,” katanya.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan

Sekianlah artikel 4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Abdul Rahman Dahlan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/4000-kunjungi-rumah-terbuka-abdul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :