7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem!

7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem!
link : 7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem!

Baca juga


7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem!

Bekerja sebagai pramugari adalah salah satu pekerjaan yang diinginkan oleh ramai wanita. Bukan apa, selalunya orang kerja akan nampak bangunan, kereta tapi pramugari pula dapat bekerja di awan biru. Menyaksikan awan awan yang dilintasi, burung burung melintasi, siapa tak seronok kan. Paling seronok apabila dapat terikut travel di dalam dan luar negara. Fuh, yang tu memang seronok.

Namun, walaupun bekerja sebagai pramugari di awan dipandang sebagai kerja yang diidamkan ramai wanita, tidak semua orang yang tahu proses sebenar latihan yang perlu dilalui oleh calon calon pramugari bagi membolehkan diri mereka terbang di awan biru.

Baru baru ini, sempena menyambut ulangtahun yang ke 70 pada tahun ini, Syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) telah sudi berkongsi dengan masyrakat di luar cara cara apakah proses yang perlu dilalui oleh calon calon pramugari sebelum layak dilantik pramugari yang sebenar.

SIA menjelaskan, untuk menjadi pramugari, calon pramugari akan diwajibkan menjalani latihan yang ketat selama 15 hari. Antara modul latihan yang dijalankan ialah latihan untuk tugasan dalam kapal, latihan keselamatan dan juga latihan asas untuk kemahiran peribadi.

1. Latihan Berjalan

Perkara asas yang perlu dijalani ialah menjalani  latihan berjalan. Latihan berjalan dilakukan dengan menaiki dan menuruni anak tangga. Yang mencabarnya apabila mereka melakukan tugasan itu dengan memakai baju kebaya.

2. Imbang, Senyum dan Tegak

Peringkat seterusnya ialah calon calon pramugari perlu melakukan latihan imbangan. Mereka perlu mengimbangi 18 gelas air yang mempunyai berat 3kg sehingga 5kg. Bukan pegang saja saja, tapi perlulah disertai dengan senyuman dan postur badan yang baik.

3. Pengendalian Makanan

Calon pramugari akan didedahkan dan perlu tahu menu menu  yang akan dihidangkan di dalam pesawat. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara untuk menghidangkan setiap makanan mengikut standard SIA.

4. Latihan Asap

Dalam latihan asap, calon pramugari akan diajar latihan dan cara cara bagaimana mahu menyelamatkan diri serta penumpang sekiranya terjadi kebakaran di kabin.

5. Latihan kebakaran

Nampak mudah kan, tapi penting latihan ni. Kalau calon pramugari tak tahu macamana nak menggunakan alat pemadam api, alamatnya terbakar lah semua. Maka dalam latihan ini mereka akan diajar bagaimana mahu menggunakan alat pemadam api.

6. Kelas kecantikan

Salah satu latihan yang penting yang perlu dijalani calon pramugari. Kerja pramugari ni mestilah kena berhadapan dengan ramai orang, tambahan pula akan berjumpa dengan orang dari pelbagai negara. Jadi, perlu sentiasa kelihatan cantik, bertenaga dan bergaya kan. Dalam kelas ini mereka akan diajar bagaimana menggunakan makeup dan menggayakan baju kebaya.

7. Latihan Kecemasan

Dalam latihan ini, calon pramugari akan dilatih bagaimana mahu menggunakan gelongsor kecemasan. Selain itu, calon akan diajar bagaimana mahu menggunakan jaket keselamatan dan cara terapung dengan betul di permukaan air.

sumber: kisahdunia

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem!

Sekianlah artikel 7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru Yang Ramai Tak Tahu. No 5 Paling Ekstrem! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/7-cara-pramugari-berlatih-sebelum-layak.html

Subscribe to receive free email updates: