link : Myanmar Larang Misi PBB Jalankan Siasatan
Myanmar Larang Misi PBB Jalankan Siasatan
Myanmar hari ini secara terbuka menyatakan keputusan untuk tidak membenarkan pasukan penyiasat PBB memasuki negara itu.
PBB menuntut Kerajaan Aung San Suu Kyi membenarkan pasukan penyiasat menjalankan tugas bagi aduan kes serangan terbaharu di Maungdaw, utara Rakhine. Lebih seribu penduduk Islam diancam dengan pembunuhan, pembantaian dan kes rogol sejak Rabu lalu.
Portal berita tempatan mendakwa, tentera dan polis Myanmar terbabit dengan jenayah pembunuhan, pemerkosaan dan penyiksaan etnik Rohingya dalam serangan terbaharu itu.
Suu Kyi dengan bongkak menolak misi PBB ke Myanmar yang ditubuhkan melalui Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia, Mac lalu.
“Jika mereka mahu hantar seseorang berhubung misi pencarian fakta, maka kita tidak ada sebab untuk benarkan mereka masuk,” kata Kyaw Zeya, Setiausaha Tetap di Kementerian Luar Myanmar.
“Diplomat kami di seluruh dunia sudah dimaklumkan mengenai ketetapan itu,” katanya.
Malah, Myanmar bertegas tidak akan memberikan visa kepada anggota misi itu.
Suu Kyi, wanita berpengaruh dalam kerajaan walaupun bukan Perdana Menteri. Jawatan Kaunselor Negara menjadikan Penerima Noble Prize itu sangat berkuasa dalam kerajaan.
Rabu lepas, laporan Reuters memetik maklumat terkini Portal Rohingya Blogger mengenai tindakan Pasukan Keselamatan Myanmar mencetuskan keganasan di Maungdaw Utara, Rakhine.
Serangan kali ini berskala besar dan diketuai Polis Kawalan Sempadan dan Tentera Myanmar bersama ratusan pelampau Buddha Rakhine.
“Beberapa orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan penduduk lain cedera. Selain senjata polis dan tentera, pelampau mengunakan senjata tajam menyerang 1000 penduduk kampung Kyun Pauk Pyu Zuu di bawah mukim Taung Pyo di utara Maungdaw, pagi semalam,” lapor blog yang dipetik Reuters.
Tentera dan polis menggunakan strategi menyerang dan mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk Islam. Penduduk yang melarikan diri, akhirnya masuk ke perangkap tentera apabila 500 umat Islam ditahan ketika melarikan diri untuk bersembunyi di hutan pergunungan berdekatan.
Ketika laporan ditulis, Portal Rohingya Blogger melaporkan, beratus-ratus pelampau Buddha di Rakhine yang bersenjatakan parang sedang berarak menuju kampung Kiam Mong (Kyun Pauk Pyu Zuu) bagi menyerang penduduk Islam.
“Tentera dan polis sempadan Myanmar pula menyokong penuh tindakan itu walaupun mereka sepatutnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan di negeri ini semasa Hari Raya Aidilfitri, penduduk menjadi panik dan ketakutan.
“Situasi semasa tidak menentu, penduduk kini melarikan diri,” kata penduduk Islam Maungdaw Utara.
Portal tersebut tidak mendedahkan nama sumber bagi mengelakkan dibunuh pihak tentera.
Reuters mendedahkan, serangan kali ini dipelopori pihak Tentera Myanmar yang menghasut penduduk bertindak balas terhadap umat Islam Rohingya berikutan insiden empat pemuda Buddha diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali.
Loading...
Demikianlah Artikel Myanmar Larang Misi PBB Jalankan Siasatan
Anda sekarang membaca artikel Myanmar Larang Misi PBB Jalankan Siasatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/myanmar-larang-misi-pbb-jalankan.html