Aiman Tino tetap fokus

Aiman Tino tetap fokus - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aiman Tino tetap fokus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aiman Tino tetap fokus
link : Aiman Tino tetap fokus

Baca juga


Aiman Tino tetap fokus

Mengecapi populariti de­ngan hanya satu lagu satu kejayaan buat penyanyi Aiman Tino. Namun, penerimaan baik peminat bukan jaminan untuk anak muda ini meraih anugerah.

Penyanyi kelahiran Kuala Kubu Bharu ini sedikit pun tidak ralat sebaliknya berharap terus diberi peluang untuk kekal menang di hati pengikut setianya.

Tewas pada penyanyi Khai Bahar pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini, Aiman sedikit pun tidak terkesan sebaliknya bangga apabila teman seperjuangannya berjaya.

“Saya anggap itu rezeki Khai. Saya sedia maklum peminatnya sangat aktif di laman sosial dan tidak mustahil mereka banyak mengundi.

“Namun itu bukan bermakna peminat saya gagal. Mungkin mereka yang layak mengundi tidak ramai malah saya akui majoritinya adalah kanak-kanak dan remaja.

“Insya-Allah saya berharap sedikit masa lagi dapat menarik minat golongan dewasa pula,” katanya.

Bakal tampil dengan lagu raya berjudul Lara Dalam Kerinduan, Aiman berkata ia ciptaan bapanya bersama seorang rakan.

Lagu berkenaan pengalaman sebenar bapanya yang kehilangan bapa pada usia sembilan tahun.

Menariknya, dalam klip video lagu itu yang dihasilkan di kawasan Kuala Kubu Bharu, Aiman memandu kereta Audi yang diterimanya baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Aiman berkata, tiada niat bermegah dengan aset mewah itu sebaliknya ia digunakan kerana sesuai dengan jalan cerita.

“Apa yang cuba saya tampilkan ialah kisah seorang anak yang sudah berjaya dan ingin menunjukkan pencapaiannya kepada orang tua.

“Namun hajat itu tidak kesampaian apabila bapanya meninggal dunia. Saya berharap tidak ada pihak yang menjadikan kereta itu sebagai isu,” katanya.

Aiman turut memaklumkan akan tampil dengan single ketiga selepas Aidilfitri nanti.

The post Aiman Tino tetap fokus appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aiman Tino tetap fokus

Sekianlah artikel Aiman Tino tetap fokus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aiman Tino tetap fokus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aiman-tino-tetap-fokus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :