link : Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017
Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017
SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri 2017 diraikan dengan penuh ragam dan aksi menarik hingga ia menjadi tular di media sosial.
Aksi 'luar biasa' ini turut mencuit hati netizen di laman media sosial.
Gaya bergambar dengan gaya yang unik, pakaian sedondon yang memang terbaik antara yang dikongsi di laman Facebook.
Tidak perlu menjadi artis untuk galmor, cukup sekadar menampilkan kelainan.
mStar Online sempat mengumpul beberapa keping gambar istimewa yang menjadi viral di media sosial sepanjang Aidilfitri setakat ini.
Pada hari pertama 1 Syawal, sekeping gambar di mana sebuah keluarga memakai pakaian yang 'letop' dikongsi oleh Hishan Gani menjadi tular di media sosial.
Selain itu, pada Selasa, sekeping gambar yang dikongsi di Facebook menunjukkan enam wanita berbaju raya merakam gambar mereka di atas sebuah pokok melambangkan salasilah keluarga atau family tree yang erat terjalin sempena Aidilfitri.
Ternyata ia menjadi kelainan yang pastinya lebih mencabar ketika memanjat pokok dengan memakai baju kurung.
Manakala sekeping gambar 'abang kacak' yang merakam gambar sambil duduk di atas sebuah sofa di tengah jalan antara yang dikongsi Persatuan Muafakat Johor.
Selain itu, gambar sekeluarga yang mengayakan baju raya sedondon hijau 'terselit' di celah-celah pokok pisang juga menarik perhatian ramai.
Malahan, ada yang membuat kapsyen bagi meneka bilangan ahli keluarga di kebun pisang itu.
Sungguh comel rasanya gaya ini dan begitu juga aksi lain yang kreatif sepanjang Aidilfitri kali ini. - mStar
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017
Sekianlah artikel Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aksi-berani-gaya-sedondon-raya-2017.html