Aku Bukan Bibik

Aku Bukan Bibik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aku Bukan Bibik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aku Bukan Bibik
link : Aku Bukan Bibik

Baca juga


Aku Bukan Bibik

Aku Bukan Bibik

Aku Bukan Bibik

Hai salam.. first of all apa yang aku nak cerita ni cuma sekadar luahan perasaan. takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Aku anak sulong dari 6 beradik. Apa yang aku nak luahkan kat sini ialah rasa hati seorang kak long yang dah lama aku pendamkan. aku tak tahu nak cerita kat sape. aku bukan ade kakak atau abang nak mengadu or minta pendapat. so aku decide nak share kat sini je la. mohon jangan kecam saya.. huhu.. as we know, jadi kak long ni bukan lah mudah. sebab kau kena jadi contoh teladan untuk adik-adik kau.

Dan setakat ni, aku rasa macam aku gagal jadi kakak contoh untuk adik-adik aku. dari form1 sampai habis sekolah aku stay dekat asrama. then sambung belajar kat kolej IPTA kat kotaraya. so yang ada kat rumah cuma adik beradik lelaki dan adik perempuan bongsu. aku sedih bila setiap kali balik rumah tengok keadaan rumah macam kapal karam. kadang-kadang sampai menangis aku. ye lah aku kesian kat mak aku. takde orang tolong dia. nak harapkan adik-adik lelaki tu, sampai kucing mengembek pun semua tu takkan jadi.

Entahlah mungkin sebab mak tak pernah ajar anak jantan dia buat kerja rumah. so memang taklah diorang nak menolong. mintak tolong pun kadang-kadang buat sakit hati je. so at the end aku lah jugak nak kena buat semua. aku penat. sumpah penat. dan aku tabik sebab mak mapu handle semua tu sorang-sorang waktu aku takde. tambah nak dekat raya lagilah banyak benda nak kena buat. selagi aku tak gerak kemas rumah, memang bersepahlah rumah tu. sampai kadang-kadang aku selalu terfikir kenapa adik-adik aku tak ringan tulang macam adik-adik orang lain. hmmmm..

Aku pun kadang-kadang malu bila orang datang rumah time-time rumah tengah bersepah. bukan tak kemas, dah sapu, kemas elok-elok, tak sampai sejam dah bersepah balik.. dengan baju kotor tak reti nak masuk bakul. padahal bakul dah tepi bilik air kot. kalau makan jajan pulak tak reti nak buang bungkusan makanan tu dalam tong sampah. macam lah rumah tu takde tong sampah.. kalau minum air pulak gelas/cawan tu main letak je atas meja. what do you expect?! gelas tu jalan masuk sinki sendiri ke apa? nasib baik makan nasi reti basuh pinggan sendiri..rumah ni bukan ade bibik weh..

Kalau dah benda sama je yang aku nak kena marah, nak kena tegur, sakit jugak hati ni. aku tak kisah aku kena buat, tapi aku kesian kat mak aku dan aku PENAT! rumah bersepah bapak aku bising macam aku tak pernah kemas rumah dia.. padahal kita ni dah separuh mati buat keje dah nak patah pinggang mop rumah tu.. kalau yang baca confession ni, sebagai adik, or sebagai anak, tolonglah mak / kakak korang kemas rumah sama-sama.. tak jatuh berdosa pun. dapat pahala lagi adalah. kadang kami kak long ni pun ada mood malasnya.

So, janganlah expect kami ni rajin hari-hari. kami pun ada life masing-masing. kita duduk rumah tu share ruang sama-sama, apa lah salahnya kemas sama-sama. ni korang tahu buat sepah je..then kau expect ade bibik yang turun dari langit ke utk kemaskan rumah tu.. rumah tu syurga kita.. kenapa perlu jadikan rumah macam kapal karam.. please lah be responsible, berdisiplinlah sikit. hanya yang ada dalam situasi yang sama akan rasa apa yang aku rasa.

yg benar,
Aku Bukan Bibik.

Kak Long Kawasan

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aku Bukan Bibik

Sekianlah artikel Aku Bukan Bibik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aku Bukan Bibik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aku-bukan-bibik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :